Tuesday 24 September 2013

Surah 98



{98}
AL-BAIYINAH (bukti) 1-8
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Orang-orang kafir, dari ahli kitab dan musrikin, tidak berpisah, hingga datang bukti itu kepada mereka.
2. (Iaitu) seorang Rasul dari Allah yang membaca lembaran-lembaran yang suci.
3. Yang ada padanya(isi) kitab-kitab (agama) yang lurus.
4. Dan tidak bercerai-berai orang-orang (kafir) yang diberi kitab, melainkan sesudah datang kepada mereka bukti itu.
5. Pada hal tidak diperintahkan mereka melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama kerananya, dengan menjauhi kesesatan dan (supaya) mereka mendirikan sembahayang dan memberi zakat kerana yang demikan itu lah agama kelurusan.
6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dari ahli kitab dan musrikin, (tempatnya) dineraka jahanam, yang mereka akan kekal padanya, mereka itu ialah sejahat-jahat maklhuk.
7. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan pekerjaan yang  baik-baik, mereka itu ialah sebaik-baik mahkhluk.
8. Balasan mereka, disisi Tuhan mereka, ialah syurga-syurga tempat ketetapan, yang mengalir padanya sungai-sungai yang mereka akan kekal padanya selama-lamanya, Allah reda kepada mereka, dan mereka reda kepada nya yang demikian itu  untuk orang yang takut kepada Tuhan nya.  

[Previous Surah][Next Surah][Mukadimah Surah][Ulasan Surah] 



.

P35 Sabai